10 December 2010
hello bloggie..
long time no see
sorry ive been ignoring u like ages
ive been cheating on u all this while
with him
but i dont i want to ditch u
someday ill get back to u
ok dokie?
yelled by
the GERRRET pretender
|
11:24 AM
08 September 2010
how time flies?
RAMADHAN will leave us soon.
and SYAWAL takes place.

this SYAWAL will be a lil bit different for me and the family as my BIG BRO is abroad. he will not be able to be with us as since the exam is just around the corner. BUT, he will be back end of this year. so..my RAYA routine will be different because i dont need to prepare his BAJU MELAYU as usual and wake him up. haish..
well its ok..hope next SYAWAL we will celebrating it together. enough on that..no sedih²!!?macam la x boleh ym, skype segala.. so guys, wish all of you a Happy Eid Mubarak, may you will have a peaceful SYAWAL and my apology for every wrongdoings, jokes or whatever harsh words slipped from my lips that might hurt any of you in anyway..sincerely form the bottom of my heart.
x o x o
yelled by
the GERRRET pretender
|
2:24 PM
04 September 2010
yeay!!!my blog has a new template...
thou the template & design is so not suit with my blog title, but who cares??
its mine!!!ngeee~~~
@home..
a pre raya balik kampung
bringing back all the kuehs ordered
all the duets raya.
alhamdulillah
still in budget
so guys
since hari raya is just around the corner
and the school holiday is just started
drive carefully for those who driving back home
spend wisely
and see ya in the next entry for hari raya
x o x o
yelled by
the GERRRET pretender
|
9:09 AM
31 August 2010
sudah lame tidak ber-blogging.bukan x de benda nak citer, banyak giler..tapi nampaknya keMALASan melanda.sebab puasa ke?x kot..ntah..tapi sekarang boleh digelar STALKER yang berjaya. jadi hari ini digagahkan juga diri untuk menaip apa yang patut.
life seperti biasa.tiada perubahan.every weekend pun balik.naik bas, turun naik bas.orang lain sudah berkenderaan sendiri, diri sendiri masih lagi mengharapkan kenderaan awam.tapi masih bersyukur.ada lagi orang yang masih tidak mampu berkenderaan awam.ada pula yang sudah lengkap dengan rumah selesa, kenderaan sendiri masih tidak rasa puas.yela..lumrah manusia, tidak akan pernah puas dengan segala apa yang dimiliki..termasuklah diri sendiri.
owh..berbalik kepada profession terbaru, STALKER yang berjaya..maka berjaya la stalking kawan-kawan atau kenalan-kenalan lama di MUKA BUKA.haish...hina rasa diri ini.rase x nak dah kuar rumah.MALU tau x?!!!tapi x boleh, klau x kuar rumah, macam mane nak berjaya??macam mane nak cari duit??walau pun sekarang semua di hujung jari je, kalau x kuar rumah boleh jadi giler tau x??!!!jadi x bagus ye attitude sebegitu.kita ubah mentality kita.secara positifnya jadikan ia sebagai pembakar semangat.boleh ke berpatah balik??MEMANG x la..jadi, terus maju ke hadapan.masih belum terlambat.tapi haruslah dengan usaha.klau hang dok saja, taip sana, taip sini, stalk orang sane, stalk orang sini, memang la x jadi..tu MAT JENIN!!paham??!!!
cukup untuk itu..sangat cliche.beberapa kali di-blogkan.owh..hari ini genap TAHUN ke 53 KEMERDEKAAN NEGARA kita.lame ok..tapi merdekakah kita?x tau la ye..perkara ini sangat subjektif..sesetengah mereka rase merdeka adalah apabila kita tidak lagi dijajah oleh kuasa asing..tapi maksud jajah itu juga terlalu subjektif.secara luaran atau dalaman.? fizikal atau mental??terpulang lah kepada individu mentafsirkannya sendiri.yang penting diri sendiri hendaklah diMERDEKAkan terlebih dahulu. buat masa ini hargailah kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama ini, bukan mudah..memang bukan mudah.untuk mengekalkannya juga bukan mudah.memerlukan kerjasama dari semua pihak.rasa tanggungjawab kita terhadap negara..YESSS!!

mereka bersungguh2 membuat persembahan sempena hari kemerdekaan negara, tapi diri ini duduk bermalas-malasan di rumah sambil membuang masa.haish..

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!
mereka bersungguh2 membuat persembahan sempena hari kemerdekaan negara, tapi diri ini duduk bermalas-malasan di rumah sambil membuang masa.haish..
x o x o
yelled by
the GERRRET pretender
|
8:55 PM
25 August 2010
Sempena bulan Ramadhan ini, adalah lebih baik saya berkongsi perkara-perkara yang mungkin jarang sekali saya tuliskan di blog ini. Semoga ia boleh membantu kita semua untuk menjadi insan yang lebih berguna. InsyaAllah..
11 Jenis manusia yang didoakan oleh malaikat
Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
sumber
yelled by
the GERRRET pretender
|
12:23 PM
Subscribe to:
Comments (Atom)