01 January 2010

kalau ikutkan tahun kelahiran, tahun 2010, aku akan genap 29..walaubagaimanapun, aku kan lahir di bulan yang boleh dikira pada ujung tahun..jadi lambatlah sikit umor nak mencecah 29 tahun.pejam celik pejam celik dah hampir 29 tahun kan aku hidup di bumi TUHAN ini..lamer babe!aku pun rase macam betul~ke~aku~nak~masuk~29~ni~?entahlah..tapi yang pasti banyak benda yang harus aku syukuri selama aku di bumi TUHAN ini..antaranya
  1. aku bersyukur sangat² sebab aku dilahirkan di bumi MALAYSIA yang masih lagi aman dan makmur.walaupun kekadang ade perbalahan berlaku..tetapi masih boleh lagi diselesaikan.tidak seperti di negeri³ yang mengalami peperangan..NAUZUBILLAH
  2. aku bersyukur sangat² sebab aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang harmoni, yang besar..aku ade mama, arwah abah..3 orang kakak, seorang adik lelaki & seorang adik perempuan.walau pun aku tidak ade abang, tapi aku ade abang angkat..hoho..c Hazeen tu la.ape cite natah die skrang..semoga ko baik³ je een..
  3. aku bersyukur sangat² sebab aku dilahirkan dalam keadaan fizikal yang sempurna..tiada cacat cela..terima kasih ya ALLAH..mempunyai lima deria.
  4. aku bersyukur sangat² sebab aku juga dibesarkan dengan baik..bersekolah rendah, menengah, agama dan ke Universiti.dalam proses pembesaran aku, berjumpa dengan ramai orang, ramai juga yang tidak berpeluang bersekolah agama..dan kurang didikan agamanya di dalam keluarga.so..aku betul² bersyukur dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang mempunyai didikan agama yang boleh dikatakan ok la..
  5. aku bersyukur sangat² sebab aku punya adik beradik yang boleh dikatakan sporting..walau pun dalam beberapa hal kami sering bertegang lidag..tapi itukan normal..tidaklah keluarga aku berantakan disebabkan perkara² yang remeh atau besar.alhamdulillah semua perkara dapat diselesaikan.
  6. aku bersyukur sangat² aku lahir dengan ciri yang aku miliki sekarang..berkulit agak gelap.sebab ciri ini lah aku tidak mudah berkata.."x cantek ar mamat/minah tuh...hitam ar!" yang mana mungkin akan mengguris hati dan perasaan empunya diri..sebab aku tau sakitnya hati & perasaan bila ada orang yang berkata begitu kepada aku..wlau pun aku mmg dah immune tapi terguris gak babe!dan sepatutnya mereka harus sedar bahawa itu semua adalah kurniaan TUHAN..dan sekiranya mereka mencela orang itu, maka mereka mencela TUHAN..betul x?apa daaa aku merepek??
  7. aku bersyukur sangat² sebab aku punya pekerjaan yang dapat menampung diriku ini sedangkan beribu² lemon orang di luar sana yang unemployed. walau pun pekerjaan ini bukanlah pekerjaan idaman..and x pernah terlintas langsung to work with the goverment..tapi aku tetap bersyukur.at least aku ade kerja kan?
  8. aku bersyukur sangat² sebab aku tiada masalah untuk menggunakan khidmat pengangkutan awam.yang mana aku tidak kesah langsung pun sekiranya aku tiada kereta sendiri pun..mungkin agak sadis kedengarannya..tapi wa heran apa..bukan aku mintak duit dengan ko.haha..
  9. aku bersyukur sangat² sebab aku boleh bergaul dengan sesape pun walau kat mana pun aku diletakkan..dan disebabkan itu jugalah aku selalu bertukar kerja..dahulu ya..huhu.tapi betul lah..aku pun x bape nak prasan sebenarnya..but perasan sendiri la..hihi.contohnya seperti di opis sekarang, klau most of people close within the department je..tapi aku bantai je..banyak babe kelebihannya..jadi janganla sombong & terlalu memikirkan pangkat atau darjat untuk berkawan/bergaul dengan orang keliling..huh
  10. aku bersyukur sangat² sebab aku telah dibukakan hati untuk belajar mengaji dalam usia ini..bukan ketika aku dah tua nanti..ntah sempat, ntah tidak..huhu.sebab dalam kelas mengaji yang aku join tuh, mostly memang yang dah nak pencen pun..mujurlah aku ada kesedaran untuk belajar mengaji ketika ini.
  11. aku bersyukur sangat² sebab dalam usia sebegini jugak aku masih punya kesedaran untuk menunaikan solat 5 waktu yang menjadi kewajipan umat islam..walaupun kekadang lobang gak..hihi.ramai umat islam di luar sana yang menganggap remeh perkara ini.tapi wallahualam.kita x boleh menghukum orang, itu kerja TUHAN.
  12. aku bersyukur sangat² sebab aku punya ramai kawan yang menyayangi aku, yang sangat sincere berkawan dan sangat prihatin lagi.
  13. aku bersyukur sangat² sebab aku dinamakan dengan nama NORHAJAR AHMAD sebab most of HAJAR is SITI HAJAR..haha.related ke?
  14. aku bersyukur sangat² dimana2 pun aku bekerja aku masih lagi diberi kepercayaan untuk membuat kerja..dengan kata lain aku boleh buat kerja la!!!haiya..
  15. aku bersyukur sangat² aku selalu bernasib baik dalam bidang akademik sebab walaupun aku x belajar sangat tapi result aku ok la..dan yang paling memberangsangkan ialah ketika CIMA 2nd semester dimana aku dapat 2nd best result in MALAYSIA babe!!!aku oun x percaya..owh..not to forget 7th in the world..huhu!!mase diploma pun mcm luck sangat sebab dengan aku yang x de basic account tapi aku still boleh score DL for 5 semester!alamak..macam riak la plak..mintak mahap.
  16. aku bersyukur sangat² sebab aku punya tempat untuk tumpang tinggal & tidur sekarang ini.umah sepupuku la..walau pun kadangkala ada la perkara yang idak puas hati atau sebagainya.
  17. aku bersyukur sangat² sebab aku masih lagi ada rase malu ketika menumpang di rumah sepupuku atau rumah sesape la..jadi aku tidaklah menjadi DATIN dengan duduk di dalam bilik sahaja.maknanya..aku malu alah sendiri la..dahla tumpang umah orang..ko plak nak jadi boss..tolong lah weh buat keje umah!!
  18. aku bersyukur sangat² sebab aku punya ramai anak buah yang comel2..hihi.yang dapat menghiburkan aku..walau pun dewasa kelak mereka akan membenci ku sebab aku suka dengki diorang..muahahahaha!
  19. aku bersyukur sangat² sebab aku punya naluri sayangkan budak kecil..jadi tidaklah tergamak hati ini untuk mendera mereka seperti yang kebanyakannya berlaku..NAUZUBILLAH.
  20. aku bersyukur sangat² sebab aku dikurniakan dengan akal & otak yang boleh tahan baguslah..walau pun sekarang ini selalu lupa..tapi kesalahan sendiri pun..aku tidak perlu bersusah payah meningati/mempelajari sesuatu itu..ALHAMDULILLAH.
  21. aku bersyukur sangat² sebab aku ade blog yang menjadi tempat aku meluahkan perasaan
  22. aku bersyukur sangat² dengan kewujudan streamyx di rumah ini..walaupun akan diterminatekan bila2 mase sebab dah x de orang kat umah.so nak guna broadband plak
  23. aku bersyukur sangat² sebab ade ramai lagi orang yang masih mahu melayan karenah aku yang tak tentu hala ini.
  24. aku bersyukur sangat² dengan berat badan aku sekarang ini..tau badan dah naik..tapi BMI still normal..
  25. aku bersyukur sangat² sebab aku tidak terlalu memilih makanan..apa yang ada aku makan je.dan klau pun makanan itu aku memang tidak pernah makan, aku tidak akan memperkecilkan kesdapannya hanya kerana aku tidak pernah makan.
  26. aku bersyukur sangat² sebab aku masih tahu hormat orang..tidak kiralah dia sape.
  27. aku bersyukur sangat² sebab walaupun kulit ku tidak lah cantek tetapi aku tiada masalah kulit yang kronik.
  28. aku bersyukur sangat² sebab aku tiada penyakit kronik..contohnya cancer ke hape ke.
  29. aku bersyukur sangat² aku memiliki wajah yang sederhana..tidak terlalu cantek dan tidak terlalu hodoh.sedap la juga mata memandang!wah..
  30. aku bersyukur sangat² aku punya hati & perasaan yang berperikemanusiaan..tidak sampai hati melihat orang sengsara, dibunuh atau dalam keadaan sedih.
  31. aku bersyukur sangat² sebab kata2 dan pandangan ku masih boleh lagi digunapakai oleh orang..walaupun sering dipandang rendah..huhu
  32. aku bersyukur sangat² kadang2 aku boleh membuat semua orang ketawa dengan gelagat & kata2 ku.
  33. aku bersyukur sangat² fashion sense aku boleh diterima oleh kawan2 ku
  34. aku bersyukur sangat² sebab aku pun ada taste gak dalam menghias rumah
  35. aku bersyukur sangat² aku suka melipat baju..ramai wooo orang tak suke.tapi aku tak suke letak baju tu kat almari plis.
  36. aku bersyukur sangat² sebab aku bukanlah kategori orang yang pengotor..aku suka suasana kemas & bersih
  37. aku bersyukur sangat² sebab aku suka basuh bilik air & tandas bila stress..so x delah bilik air & tandas umah aku berkarat seperti umah orang lain
  38. aku bersyukur sangat² sebab aku juga suka jemur baju dan rase puas dengan bauan wangi setelah ia disidai.
  39. aku bersyukue sangat² nyanyian aku x delah buruk sangat..maknanya oklah sore aku..haha
  40. aku bersyukur sangat² sebab aku boleh berkongsi idea dengan adik aku yang gila.
  41. aku bersyukur sangat² sebab aku adik lelaki yang rapat gak dengan aku.
  42. aku bersyukur sangat² sebab aku bukanlah seorang yang suka maarah2..dan sangat susah kot nak maarah..dan aku seorang yang pemaaf
  43. aku bersyukur sangat² sebab aku dipertemukan dengan pelbagai lapis manusia dan ragam..jadi aku boleh membuat penilaian yang mana elok & tidak elok
  44. aku bersyukur sangat² sebab aku masih boleh membezakan yang mana baik & yang mana buruk
  45. aku bersyukur sangat² sebab walaupun aku had an accident last year but im still alive and so the rest of the passengers
  46. aku bersyukur sangat² sebab aku boleh lah memasak..dan ade juga yang suka masakan aku walaupun aku malas gile nak memasak
  47. aku bersyukur sangat² sebab aku tidak boleh melihat benda2 ghaib
  48. aku bersyukur sangat² sebab aku tidaklah terlalu sebok nak tau pasal hal org lain..yang boleh buat orang meluat.maknanya aku mind my own business je lah..
  49. aku bersyukur sangat² sebab aku tidaklah terlalu competitive...nak berlawan sana, nak berlawan sini..asyik nak menang je..aku adalah orang mudah puas hati.yaaa!!
  50. aku bersyukur sangat² sebab aku boleh memandu dengan auto or manual transmission..mostly ramai yang x reti manual kan?
  51. aku bersyukur sangat² sebab aku masih berpeluang menjenguk mama di rumah almost tiap2 minggu.
  52. aku bersyukur sangat² sebab aku mudah disukai..lovable..wah!!perasan tau..tp aku rase betul lah..^__^
  53. aku bersyukur sangat² sebab aku adalah aku!haha..
  54. aku bersyukur sangat² sebab aku boleh lagi berpeluang ke luar negara..spore, indonesia,spore indonesia..ok fine only two countries but at least.bcause i know ramai giler yang masih tidak berpeluang
  55. aku bersyukur sangat² sebab Allah letakkan ketakutan dalam diri ku ini
  56. aku bersyukur sangat² sebab aku masih tidak lupa untuk menyebut nama Allah
  57. aku bersyukur sangat² aku tidak mempunyai banyak jerawat di muka.
  58. aku bersyukur sangat² sebab badan kami adik beradik perempuan sesize..so boleh tukar2 baju..dengan mama juga..terutama baju kurung since i got least of baju kurung
  59. aku bersyukur sangat² sebab aku masih mampu berkongsi senarai kesyukuran ini dengan ramai orang..
  60. aku bersyukur sangat² sebab walaupun aku macam dah penat gila menaip tapi banyak lagi dalam kepala otak ini senarai kesyukuran yang masih berlegar2.
so guys..rasenya cukuplah sampai disini..tapi mmg banyak giler benda yang aku nak share..to show how grateful i am to be who i am and not anyone else.

**please ignore all the typo..x larat nak go thru balik..haha.