25 July 2010

aku dibesarkan di dalam family yang mana kaum adam membantu kaum hawa membuat kerja rumah.ya betul!!aku x tipu.arwah abah aku akan buat semua kerja rumah yang dibuat oleh kami seperti menjemur kain, mengemas rumah dan yang paling senang membasuh pinggan.walau pun aku rasa adik lelaki ku adalah semalas-malas lelaki di dunia ini, tetapi bila aku duduk dengan orang lain yang ada kaum adam penghuni rumahnya, aku rasa adik lelaki aku tidak lagi layak menyandang title itu.contoh mudahlah, abang iparku sendiri.bila kami terbiasa membasuh pinggan sendiri, tidak kira lelaki atau perempuan, aku jadi 'culture shock' bila abang iparku membiarkan sahaja pinggannya tanpa dicuci di dalam sinki.betul.aku tidak tipu.kami tidak pernah ada pembantu rumah dan kami tidak ada masalah pun.alhamdulillah.dan kami bersyukur kerana dengan cara itu kami boleh membuat kerja rumah sendiri.ok, back to the topic.benda simple like washing the dishes pun tak boleh buat ke?aku sangat marah ok klau ada yang cakap tak reti la.plus ini kan kerja perempuan.hello!!!ada tulis kat mane2 ke yang membasuh pinggan ni kerja perempuan?!!x de kan.so apa salahnya, ko ringan-ringankan tangan membasuh pinggan itu.tapi alhamdulillah abang-abang ipar aku dah boleh basuh sendiri since dah terbiasa dengan kitorang plus dah bernanah kot telinga dengar bebelan mama.muahahahahaha!!!

tapi kan now aku duduk menumpang dengan sepupu ku.aku kekadang jadi marah.semua kerja rumah memang sepupu aku yang buat.memanglah dia surirumah, tapi kalau ko ada kat rumah apa lah salahnya membantu isteri kau yang tersayang tu membuat kerja rumah and tak payah lah nak bossy gila suruh itu suruh ini.macamlah ko x ada tangan kaki nak gerak sendiri.even benda simple like nak makan pun suruh isteri yang amekkan.kamonlah.ok.husband sepupu ku ini adalah singaporean yang kaya dan rumah forever bertukar ganti maid.huh!!!inilah padahnya.samelah macam anak-anak mereka.dulu mereka ada maid, tetapi disebabkan oleh masalah ekonomi mereka tidak lagi mampu untuk hire maid.kadang-kadang aku jadi malas nak tolong sepupu aku sebab aku rase nnti anak dia akan take for granted benda yang aku buat.contoh lah, aku lipat baju ka, aku boleh je nak letak baju tuh kat tempat diorang tapi aku x nak sebab akun nak diorang bertanggungjawab sendiri atas barang diorang.maksudnya, pagi-pagi nak pergi sekolah x payah lah nak terjerit-jerit "kakak, mana baju dalam ain?!!".x perlu tu semua kalau dia tau kat mana die letak barang dia segala.paham x?!!aku memang menumpang, tapi aku bukan maid korang!!!haish..

aku x kesah kalau korang mampu nak hire maid.tapi bagi aku maid boleh membuatkan kita malas, klau ada anak, anak spoiled nak mampus, kita jadi depending sangat kat die, dan x thrill kot klau besarkan and uruskan rumah dengan bantuan orang lain.ntahlah.this is my opinion.macam family aku, parents aku dulu keje jugak kot, tapi alhamdulillah berjaya gak kami dibesarkan.aku salute kot people yang boleh besarkan anak dengan tangan sendiri sambil mencari rezeki dan juga menguruskan rumah without hiring a maid.yess!!dugaan pasti tiba walau macam manapun.mungkin klau ada maid, susahnya begini, klau x demaid, susahnya begitu..ya,tuhan maha adil.aku harap kaum adam di luar sana tolonglah isteri atau kakak atau mak atau makcik buat kerja-kerja rumah yang simple.janganlah nak kate ini keje pompuan or whatever.x rugi.klau yang berumahtangga, insyaAllah akan lebih harmoni, kan?aku harap suami aku juga nanti bukanlah yang tak reti buat benda-benda macam ni.AMIN.

ini mungkin luahan perasaan dan pengalaman aku sahaja.klau ade yang x berkenan, harap mahap la.bai~

XOXO