Semalam petang lepas kerja, baru aku berpeluang membaca 'paper' dan berita yang sangat menyayat hati.
"Kepala dipenggal"
"TAMPIN: Tanda tanya panggilan telefon yang tidak berjawab akhirnya bertukar menjadi hari paling menyedihkan dan mengerikan bagi seorang pelajar sekolah menengah apabila menemui mayat empat ahli keluarganya yang dibunuh kejam termasuk seorang dipercayai dipenggal kepala di rumahnya yang agak terasing di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, petang semalam."
"Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Siti Mariam Ismail, 19, hanya mampu menggigil ketakutan apabila menemui mayat kakaknya, Siti Khatijah, 22, terlentang di ruang tamu dengan sebilah pisau terpacak di dada selain mayat datuk dan neneknya berlumuran darah di pintu rumah mereka yang terletak bersebelahan."
Siti Mariam sebelum itu dikatakan berang kerana bapa tidak datang menjemputnya pulang di sekolah berhampiran seperti kebiasaan, malah panggilan dibuat terhadap bapa serta kakaknya juga tidak disambut.
Marah kerana keluarganya tidak datang menjemput, Siti Mariam kemudian menaiki bas awam untuk pulang ke rumahnya, kira-kira tujuh kilometer dari sekolah.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, Siti Mariam kemudian berjalan kaki sejauh kira-kira satu kilometer ke rumahnya dan terus memarahi kakaknya yang disangka sedang tidur di ruang tamu.
“Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat pisau terpacak di dada kakaknya menyebabkan dia terus berlari ke rumah datuknya, Atan Daud, 90, yang juga bekas imam kampung itu yang terletak bersebelahan.
“Dia sekali lagi terkejut apabila menemui mayat datuk dan neneknya terbaring di pintu rumah menyebabkan Siti Mariam menghubungi abangnya di Seremban,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
itulah antara sebahagian keratan akhbar tentang cerita yang sangat menyayat hati.YA ALLAH..aku yang baca ni pun jadi menggigil..apalagi budak yang tengok sendiri darah dagingnya dalam keadaan macam tuh.manusia zaman sekarang sangat mengerikan.suspek pulak dipercayai adalah daripada keluarga sendiri.takut dengan dunia masa kini.perikemanusiaan macam dah tidak ada.SUBHANALLAH.bila bace berita² macam ni, nak keluar rumah pun dalam ketakutan.walhal dulu Malaysia terkenal dengan negara yang aman & damai.jadi istilah aman & damai tuh susah untuk dilabelkan lagi untuk negara ini.x tau la kenapa..tapi aku dok pk je pasal benda ni satu malam..nak tidur pun susah..ngeri lah.
Ya ALLAH..aku bersyukur sangat² aku masih di dalam kalangan orang yang waras dan masih berperikemanusiaan dan ENGKAU kekalkanlah keadaan ini Ya ALLAH!