08 August 2010


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.

Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain dan memandangkan bulan RAMADHAN bakal menjelang, marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. INSYAALLAH. mungkin ramai yang sudah tau..tapi x kesahla..

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. (terus terang saya cakap, ini memang selalu saya buat...astaghfirullahaladzim)

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita. ( yang ini alhamdulillah..saya memang rasa janggal kalau tidak berselipar ke bilik air)

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. (kadang2 ada buat)

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. (ini memang pantang saya kalau ada pinggan x berbasuh di sinki...jadi pada sesape yang malas membasuh pinggan lepas makan, jgn amalkan ye!!)

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). (dulu saya kerap buat ini, memandangkan saya masuk kerja lambat...tetapi alhamdulillah sekarang dah jarang sebab masuk kerja awal..tapi kalau cuti kadang2 buat juga..heeee.)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan. (nauzubillah)

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat. (nauzubillah..baru tahu)

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. (setakat ini belum pernah lagi..kecuali tersalah pakai la..)

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. (ini habit saya la..alamak, kena buang)

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. (ini pun macam saya juga..tapi saya mmg tiada niat apa2..mudah2an tiada apa2 la ye)

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. (pernah buat..astaghfirullah)

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. (insya ALLAH)

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (ini pun saya)

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
(ini pun pernah buat)

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. (setakat ni x pernah lagi..walaupun takut kucing.huhu)

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. (tapi memang selalu pun susah hati)

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

sama-samalah kita renung-renungkan dan bermuhasabah diri.