31 August 2010

sudah lame tidak ber-blogging.bukan x de benda nak citer, banyak giler..tapi nampaknya keMALASan melanda.sebab puasa ke?x kot..ntah..tapi sekarang boleh digelar STALKER yang berjaya. jadi hari ini digagahkan juga diri untuk menaip apa yang patut.

life seperti biasa.tiada perubahan.
every weekend pun balik.naik bas, turun naik bas.orang lain sudah berkenderaan sendiri, diri sendiri masih lagi mengharapkan kenderaan awam.tapi masih bersyukur.ada lagi orang yang masih tidak mampu berkenderaan awam.ada pula yang sudah lengkap dengan rumah selesa, kenderaan sendiri masih tidak rasa puas.yela..lumrah manusia, tidak akan pernah puas dengan segala apa yang dimiliki..termasuklah diri sendiri.

owh..berbalik kepada profession terbaru, STALKER yang berjaya..maka
berjaya la stalking kawan-kawan atau kenalan-kenalan lama di MUKA BUKA.haish...hina rasa diri ini.rase x nak dah kuar rumah.MALU tau x?!!!tapi x boleh, klau x kuar rumah, macam mane nak berjaya??macam mane nak cari duit??walau pun sekarang semua di hujung jari je, kalau x kuar rumah boleh jadi giler tau x??!!!jadi x bagus ye attitude sebegitu.kita ubah mentality kita.secara positifnya jadikan ia sebagai pembakar semangat.boleh ke berpatah balik??MEMANG x la..jadi, terus maju ke hadapan.masih belum terlambat.tapi haruslah dengan usaha.klau hang dok saja, taip sana, taip sini, stalk orang sane, stalk orang sini, memang la x jadi..tu MAT JENIN!!paham??!!!

cukup untuk itu..sangat cliche.beberapa kali di-blogkan.owh..hari ini genap TAHUN ke 53 KEMERDEKAAN NEGARA kita.lame ok..tapi merdekakah kita?x tau la ye..perkara ini sangat subjektif..sesetengah mereka rase merdeka adalah apabila kita tidak lagi dija
jah oleh kuasa asing..tapi maksud jajah itu juga terlalu subjektif.secara luaran atau dalaman.? fizikal atau mental??terpulang lah kepada individu mentafsirkannya sendiri.yang penting diri sendiri hendaklah diMERDEKAkan terlebih dahulu. buat masa ini hargailah kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama ini, bukan mudah..memang bukan mudah.untuk mengekalkannya juga bukan mudah.memerlukan kerjasama dari semua pihak.rasa tanggungjawab kita terhadap negara..YESSS!!

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!

mereka bersungguh2 membuat persembahan sempena hari kemerdekaan negara, tapi diri ini duduk bermalas-malasan di rumah sambil membuang masa.haish..

x o x o

25 August 2010

Sempena bulan Ramadhan ini, adalah lebih baik saya berkongsi perkara-perkara yang mungkin jarang sekali saya tuliskan di blog ini. Semoga ia boleh membantu kita semua untuk menjadi insan yang lebih berguna. InsyaAllah..

11 Jenis manusia yang didoakan oleh malaikat

Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

sumber

18 August 2010

alhamdulillah..we have been fasting for 7 days..and today is 8 Ramadhan.

this RAMADHAN brings a lot of joy to our family. my sister BEDAH has safely delivered a beautiful princess on 3rd of RAMADHAN. so NONA , no more extra attention for you!!hahaha..as the newborn baby has arrived, the upcoming SYAWAL will be merrier and there goes my pocket. huhu!!!its ok..only for SYAWAL.. lalalalalalalala

hai..
my name is Areesara Hannah
u can call me aieesya just like my granny
or u can call me asarichan as we look alike..

fasting so far is so enjoying.Alhamdulillah...except for the first two days where i had migraine. maybe because i was not taking SAHUR. and for the record, im still not going to the Pasar Ramadhan yet. has been performing Terawih..but only 8 rakaat..huhu. insyaAllah i'll perform 20 rakaat at least once in this RAMADHAN..hihi.

ok guys. happy fasting!!bai~

X O X O

10 August 2010


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Kepada semua keluarga, rakan-rakan atau musuh (sekiranya ada) juga kenalan
mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kata² serta perbuatan saya yang tidak disenangi atau mungkin mengguris hati serta perasaan kalian

terutamanya NORAZILA JOHAN..
saya betul² minta maaf atas satu benda yang nampaknya sangat membuatkan anda terasa hati dengan saya
kerana awak masih lagi mengingati perkara itu walaupun sudah lama berlalu
tapi saya memang sudah tidak ingat apakah satu benda itu
tolong maafkan saya

semoga RAMADHAN ini kita beroleh keberkatan dariNYA
dan menjadi insan yang lebih baik

AMIN.


ikhlas daripada saya


08 August 2010


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena pada saya sendiri.

Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain dan memandangkan bulan RAMADHAN bakal menjelang, marilah sama-sama kita berkongsi ilmu. INSYAALLAH. mungkin ramai yang sudah tau..tapi x kesahla..

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. (terus terang saya cakap, ini memang selalu saya buat...astaghfirullahaladzim)

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita. ( yang ini alhamdulillah..saya memang rasa janggal kalau tidak berselipar ke bilik air)

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. (kadang2 ada buat)

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. (ini memang pantang saya kalau ada pinggan x berbasuh di sinki...jadi pada sesape yang malas membasuh pinggan lepas makan, jgn amalkan ye!!)

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki tertutup (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). (dulu saya kerap buat ini, memandangkan saya masuk kerja lambat...tetapi alhamdulillah sekarang dah jarang sebab masuk kerja awal..tapi kalau cuti kadang2 buat juga..heeee.)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan. (nauzubillah)

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan buat keburukan atau maksiat. (nauzubillah..baru tahu)

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. (setakat ini belum pernah lagi..kecuali tersalah pakai la..)

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. (ini habit saya la..alamak, kena buang)

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. (ini pun macam saya juga..tapi saya mmg tiada niat apa2..mudah2an tiada apa2 la ye)

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia. (pernah buat..astaghfirullah)

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. (insya ALLAH)

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. (ini pun saya)

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
(ini pun pernah buat)

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. (setakat ni x pernah lagi..walaupun takut kucing.huhu)

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. (tapi memang selalu pun susah hati)

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

sama-samalah kita renung-renungkan dan bermuhasabah diri.


06 August 2010

there will always be

an "IF" in LIFE

a "LIE" in BELIEVE

an "OVER" in LOVER

an "END" in FRIEND

XOXO

01 August 2010

perhaps u would be a bit surprised if u knew how often the wording of a song will make me think of you

perhaps this song




yes i know. ive been blogging too often lately.it's all because that feeling.
his fault